Doa ketika terjadi penyakit menular

"Aku membenteng diri dengan nama Tuhan yang mempunyai kemuliaan dan kekuatan, aku berpegang teguh pada Tuhan yang menguasai alam nyata dan alam ghaib, aku bertawakkal kepada Tuhan yang Hidup dan yang tidak mati selama-lamanya. Semoga kiranya Engkau hindarkan kami ya Allah dari bala dan wabak. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

Thursday, February 25, 2010

Salam...

Diam tak diam dah pun melangkah ke tahun baru....2009 ditinggalkan dan kita telah pun menginjak masuk ke dalam tahun 2010. Betapa cepatnya masa berlalu...tak sedar pun kan?

Pada tahun ini Panitia Biologi masih lagi terdiri daripada seorang ahli/guru, iaitu sayalah.. Namun begitu kita mempunyai pelajar Tingkatan 5 yang merupakan calon SPM bagi tahun ini. Saya sangat mengharapkan agar pelajar2 saya ini mampu untuk mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan SPM nanti.

Data Panitia Biologi 2010:
Pelajar Tingkatan 5 : 14 orang
Pelajar Tingkatan 4 : 17 orang

Pada asalnya, pelajar Tingkatan 4 yang mengambil mata pelajaran Biologi adalah seramai 21 orang, namun 3 orang telah mendapat tawaran ke MRSM dan seorang lagi telah menukar elektif kepada Prinsip Akaun.

Nurhidayu bt Rosmizi : MRSM Muar
Asiyahtul Husna bt Hassan : MRSM Balik Pulau
Nurul Hafazah bt Abdullah : MRSM Muadzam

Tahniah dan syabas buat mereka. Dan kepada yang tinggal, janganlah berputus asa...berusahalah jangan berhenti selagi mata belum tertutup.