Doa ketika terjadi penyakit menular

"Aku membenteng diri dengan nama Tuhan yang mempunyai kemuliaan dan kekuatan, aku berpegang teguh pada Tuhan yang menguasai alam nyata dan alam ghaib, aku bertawakkal kepada Tuhan yang Hidup dan yang tidak mati selama-lamanya. Semoga kiranya Engkau hindarkan kami ya Allah dari bala dan wabak. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

Thursday, April 22, 2010

Science Show Competition







Pada 21/4/2010 telah diadakan pertandingan "Science Show Competition" anjuran Petrosains dan SMK Seri Panching telah dijemput untuk menyertainya. 2 orang murid daripada kelas 4 Aktif telah dipilih untuk menyertai pertandingan ini iaitu Muhammad Nazrin bin Kamarudin dan Erma Liana bt Marjohan berserta 2 orang kru iaitu Muhammad Ammar bin Abdul Rahman dan Muhammad Shafiq bin Hamir Husin.

Pertandingan telah diadakan di Bangunan Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, Kuantan dan pertandingan ini adalah pertandingan mengenai konsep sains dan bagaimana untuk menyampaikannya kepada umum.


SMKSP telah memilih konsep fizik iaitu "inersia", satu konsep yang menarik dan senang serta melibatkan aktiviti kehidupan seharian.


Daripada 19 buah sekolah yang bertanding, SMKSP telah terpilih ke peringkat akhir bersama 7 buah sekolah lain dan pertandingan peringkat akhir telah diadakan pada 22/4/2010 di mana SMKSP telah mendapat tempat kedua seluruh Pahang. Tahniah diucapkan kepada pelajar2 dan guru2 yang terlibat. Walaupun tidak dapat mewakili negeri Pahang ke peringkat kebangsaan, pencapaian ini telah membanggakan warga SMKSP kerana ini adalah kali pertama SMKSP menyertai pertandingan seumpama ini. Syabas diucapkan!!!!


Terima kasih juga kepada guru prakrikum, Cik Nor Diyana dan Cik Nor Bazilah kerana merekalah yang telah bertungkus lumus menyediakan skrip dan melatih pelajar2 tersebut. Juga ucapan terima kasih kepada En. Mohd Faisal (audio dan arahan), Tn Hj Noor Armin dan anak buah iaitu Syamsul Bahri, Nazrul Safuan, Mohd Najid, Muhd Iqbal dan Zulkarnain (backdrop), Pn. Norlela dan Pn. Kamilah (pengangkutan) juga tak lupa buat tuan Pengetua, En. Idrus bin Othman di atas sokongan penuh yang diberikan kepada kumpulan kami.

No comments:

Post a Comment